- Keadaan Khadeejah semakin baik hari ini. Syukur amat sangat kpd Allah Yang Maha Luas Pemberian-Nya, setelah kami dikejutkan dengan permintaan dia kelmarin Sedangkan baru sahaja tengahari itu dia berjalan sendiri. Makan dengan seleranya.. Ketika baring di katil melepas lelah, spontan dia meminta saya mengajar dia syahadah.. saya bisikkan kpdnya dan dia mengikut setiap patah.. saya tanya kenapa? Dengan sebak dia kata adik dah tak mampu. Adik, Allah tidak suka dengan orang yang mudah putus asa. Adik kena kuatkan semangat. Inikan jihad kita. Haritu masa mula2 saya pakaikan pampers kerana dia mula nampak lemah dan kerap mahu ke tandas dia sebut... umi, ini jihadkan? Ye dik, jihad berusaha sebaik mungkin ketika Allah beri sakit. Saya ingatkan dia lagi.... semua orang sedang doakan adik sekarang. Saudara mara di kampung, pakcik makcik ikram, kawan2 umi, kawan2 abi, kawan2 adik- banat, banin, muallim, muallimah.. ramai lagi.. adik tak boleh menyerah kalah. Mendengar kata2 saya kelihatannya dia berfikir.. Sama spt hari sebelumnya bila saya katakan padanya semua orang sedang doakan adik, adik kena kuat... dan dia kata, adik takut... takut apa? Allah kan ada... Adik takut semua orang marah adik.. Mana ada, semua orang sayangkan adik, doakan adik.. semua orang tahu adik sakit..
#catatanumikhadeejah #prayforkhadeejah
0 comments:
Post a Comment