PART 2 Catatan Umi, Feb 2016: Buat masa ini Khadeejah akan lalui 5 susulan rawatan - 4 di HTAR dan 1 di Hosp Sg Buloh iaitu di HTAR - Klinik Neorologi, Klinik Dermatologi, Klinik Psikatri/Kaunseling, Terapi pemulihan cara kerja dan Hospital Sg Buloh pula Klinik Neurosurgeri(pembedahan otak). Klinik di Sg Buloh ini akan memantau keadaan ketumbuhan Khadeejah. Ujian MRI akan dibuat setahun sekali bg memantau keadaan ketumbuhannya mengikut keperluan. Apa yg boleh kami lakukan ialah memastikan ubat sawan yg diberi doktor dimakan dan yg selebihnya mengawal keadaan2 yg boleh menyebabkn tekanan darah lebih tinggi pd ketumbuhannya yg boleh menyebabkn ianya pecah. Panjang cerita ini sy harap ia memberi kefahaman yg jelas kpd kita semua. Jazakumullah atas masa yg diambil utk memahami situasi sy ini. Sokongan doa, kata2 semangat dan bantuan kerja sgt2 berguna kpd sy buat masa ini. Moga ujian Allah ini kpd saya sekeluarga dan tempias2nya yg sahabat2 juga alami dpt meningkatkn darjat kita disisiNya di sana nanti. Ameen
Comments: (0)
PART 1 Catatan umi, Feb 2016 : Assalam. Pertama kali drpd mulut doktor sy dengar anak sy Khadeejah menghidapi ketumbuhan bukan cancer di bahagian otaknya sejak 2 tahun sy berulang alik ke HTAR. Itu lebih mudah difahami.
Tapi ini disebut oleh dr pakar neurosurgeri Hospital Sg Buloh setelah 2 kali lawatan kami. Sebelum ini kami diberitahu ttg multiple cavernomas - sejenis keabnormalan pd urat darah di otaknya yg tidak kami fahami apa sebenarnya keadaan ini. Sekadar urat darah bersimpul bahasa mudahnya. Keadaan ini selalu disebut doktor spt popcorn ataupun rasberi bentuknya. Dalam keadaan kes yg biasa apabila ketumbuhan ini satu, doktor samada akan membuangnya melalui pembedahan atau suntikan intravena utk block urat darah tersebut tetapi ketumbuhan anak saya ini Allah taqdirkn berada di banyak tempat. Adalah mustahil pembedahan dilakukan kerana ia akan memburukkan lagi kesihatannya spt pendarahan yg teruk, sawan yg lebih kuat juga lumpuh anggota badan.