Seawal 5.30 pagi sy telah memastikan Khadeejah mengikut rutin pemakanan tambahan yg disarankan Prof Aziz dan Abuya ( gelaran merujuk kpd guru pondok yg kami temui sebelum ini). Petanda baik bagi saya apabila dia membaca al-ma'thurat dipandu Nyaie (gelaran nenek yg kami gunakan). Alhamdulillah, sepanjang di KB ini (jangkaan Prof Aziz 3 minggu) saya dibantu suami dan ibu juga si kecil saya Sakienah (4 tahun).
Suami bertugas mengurus rumah dan keperluan makan pakai kami, saya mengurus terapi, pemakanan, mandi Khadeejah, ibu saya menampung mana2 keperluan ketika keadaan agak sibuk ditambah melayan karenah si kecil Sakienah yang kerap merajuk kerana tidak dilayan sebaik kakaknya...manakala Sakienah tugasnya menceriakan suasana, dalam menahan sakit masih lagi khadeejah boleh tersenyum gembira (nikmat senyum dan tawa ini nampaknya tidak berjaya dirampas oleh cavernoma daripada Khadeejah).
Sakienah juga yg membantu saya yg kelelahan mengelap air liur Khadeejah yang acapkali keluar sebelum ini. Alhamdulillah hari ini tiada lg air liur yg keluar tanpa henti. Keadaan ini menurut Prof Aziz disebabkan deria menelan air liur Khadeejah tidak lg sensitif. Sebelum inipun untuk menelan air dan makanan pun sukar baginya..
#catatanumikhadeejah #prayforkhadeejah
0 comments:
Post a Comment