Catatan umi, 12oct@6.30pm: 1HARI 1AL-KAHFI...Prof Aziz membawa kami bertemu seorang tuan guru sebuah pondok sekitar Tumpat untuk mendapatkan rawatan ayat2 ruqyah bagi memulihkan semangat Khadeejah. Iya, itu saya akui kerana dia kerap menangis, keliru, sukar tidur malam. Takut kpd gelap, mudah terperanjat. Menurut tuan guru tersebut, salah satu ikhtiar yg boleh dibuat ialah membaca surah Al-Kahfi sehari sekali. Menurutnya khaifiat Al-Kahfi ialah dgn izin Allah ia boleh membantu mematikan sel2 kanser (sesuatu yg baharu bagi saya tetapi mmg ada berpendapat MULTIPLE CAVERNOMA ni adik-beradik kanser). Tugasan membaca surah Al-Kahfi ini sudah tentu amat cocok disandang oleh abinya selepas saya mandikan Khadeejah menggunakan garam bukit pada waktu asar.

#prayforkhadeejah #prayfordeejah#cavernomafighter #multiplecavernomas#aqsasyarif #ikrammusleh #rose2rose#sayembarapuisipalestin#naturopathyprofaziz#catatanumikhadeejah


0 comments:

Post a Comment