Catatan umi : Bila suami dan saya ambil keputusan utk keluarkan Khadeejah dr Hosp Sungai Buloh, atas risiko ditanggung sendiri (selama ni pun kami yg menanggung risiko...) terdetik dlm hati betul ke keputusan yg kami ambil. Ya, sy berkenalan dgn #multiplecavernomas ni baru setahun jagung. Melihat sakit kepala Khadeejah yg membingungkn kami sejak sekian lama (doc yg merawat pun bingung juga), ubat dibekal doc berkotak2 (sedangkn Khadeejah bukan peminat pil2 begini), kami minta MRI dibuat apabila dia ditahan wad awal Julai 2015. . Itulah permulaannya..
Comments: (0)
Assalamualaikum.
Salam perkenalan dari admin blog Khadeejah Samsudin. (Blog dibuat pada Oktober 2016)
Khadeejah sedang diuji dengan MULTIPLE CAVERNOMAS iaitu suatu penyakit yang berkaitan dengan sistem saraf. Blog ini diwujudkan khas untuk berkongsi segala catatan umi (ibu) Khadeejah tentang perkembangan anak kesayangannya sepanjang rawatan atau 'berjihad' dengan multiple cavernomas.
Kini, Khadeejah sedang menjalani rawatan naturopati di Klinik Ziad, Kubang Kerian, di bawah pegawasan Prof Aziz sejak awal Oktober 2016.
Semoga perkongsian di dalam blog ini dapat memberikan sedikit sebanyak informasi mengenai multiple cavernomas yang jarang-jarang ditemukan kesnya di Malaysia disamping dapat memberi sokongan moral kepada keluarga adik Khadeejah. Semoga adik Khadeejah sentiasa dalam peliharaan Allah dan diberikan kesembuhan. Amiin.... InsyaAllah
Buat masa ini, jemput 'follow' instagram @khadeejahsamsudin untuk perkembangan terkini.....
Buat masa ini, jemput 'follow' instagram @khadeejahsamsudin untuk perkembangan terkini.....
Khadeejah (tgn peace) dan keluarganya..
Abinya, Samsudin, uminya, Noor Alistri, kakaknya, Hidayah dan adiknya, Sakienah..

