Catatan umi, 13okt@ 1.25pm :Update perkembangan Khadeejah, Alhamdulillah thummalhamdulillah.... wahai Allah, rahmatMu sangat luas. 7 hari yg lalu saya rasa saya akan kehilangan dia... tanda2nya ada walaupun saya sering menepisnya kerana tak mungkin.. takkanlah... perasaan itu masih ada hingga kini... suaranya dalam, sukar difahami. Duduk seminit dua sudah cukup melelahkan.. menelan makanan sangat payah. Air pun menggunakan straw yg dipotong dua supaya tidak sukar disedut.. Tetapi hari ini dia minta duduk di luar perkarangan rumah ini.. agak lama juga sambil bersarapan healthy diet- jus celery + dragon fruit, telur ayam kampung n kacang kuda rebus yg disediakan oleh perawatnya. Dan tengahari ini dia minta makan... sangat mengujakan hingga saat dia bangun sendiri utk membasuh tangan di sinki.. ini sangat membahagiakan walaupun perasaan tidak enak itu ada di sudut hati yg paling dalam.

0 comments:

Post a Comment