Catatan umi, 26/9/16 : Jazakumullah atas doa2 sahabat semua. Itulah 'azimah.. yg memberi kekuatan buat kami sekeluarga. Kunjungan pertama 'makcik dan pakcik Ikram' melihatnya di HTAR Ahad lps, anakanda Khadeejah menangis spontan memberitahu "adik nak jadi ahli Ikram".. masyaAllah itu keinginan yg dia pendam selama ini... walaupun dia sedar banyak perkara yg dia tidak mampu buat jika terlibat dlm Ikram.. #prayforkhadeejah #prayfordeejah#kasihkhadeejah #multiplecavernomas#hirajeram #rose2rose#sayembarapuisipalestin #aqsasyarif#ikrammusleh
Catatan umi, 26/9/2016 : Assalam. Ana baru sahaja diberitahu oleh doktor yg memantau kesihatan anak ana Khadeejah. Ada bengkakan di beberapa bahagian otaknya yg menyebabkan dia sering muntah2 dan kelihatan keliru. Sekarang Khadeejah dirawat di HTAR tetapi dibawah pemerhatian neurosurgeon Hospital Sg Buloh. Rabu nanti dia akan dirujuk sekali lagi di Hospital Sg Buloh. Mohon doa sahabat2 agar penyakitnya tidak memburuk dan beransur pulih. Jazakumullah kpd sahabat guru yg mengambil alih tugasan ana. Mohon mudirah memberi izin ana bercuti buat sementara untuk memberi tumpuan kpd anakanda Khadeejah buat masa ini.-ALISTRI
Catatan umi, 24/9/16 : Kami bawa Khadeejah ke HTAR bila melihat tingkahlakunya berubah. Nampak keliru... sering menangis.. adik takut.. takut apa? Adik takut gelap... Petang tu sblm asar sy lihat mulutnya berbuih, sy sangka dia diserang sawan. Cepat2 sy alihkn kedudukan tidurnya-mengiring ke kanan tetapi dia menangis. Pelik..selalu jika sawan dia akan kejang seluruh anggota badan.. mata ke atas dan mulut berbuih. Ambil masa 4 min paling lama begitu dan dia akan tidur selena2nya. Kali ni tidak begitu... bila sy tanya... dia diam.. spt ada yg dia ingin beritahu ttp tidak keluar dr mulutnya. #prayforkhadeejah #prayfordeejah#multiplecavernomas #hirajeram#sayembarapuisipalestin #aqsasyarif