UPDATE KHADEEJAH 14OCT@1.09pm (Jumaat)
Sebentar saja tadi menerima kunjungan Dr Hafidzah Mustakim dari Ikram Kota Bharu semasa saya sedang membuat terapi acupuncture di tangan kirinya. Jazakillah atas kunjungannya. Respon Khadeejah sangat baik atas kunjungan ini. Senyum dan pandang tetamu yg memberi perangsang dan semangat kpdnya. Ini berbeza dgn hari2 sebelumnya yg dia hanya memandang ke satu2 arah sahaja. 

Sebelum ni saya pernah menegur dia secara seloroh ... "adik, kita jalan kt wad ni semua orang ingat adik buta sebab adik tengok satu tempat tak pandang kiri kanan". 
Dia gelak... "bukan.. kalau adik tengok semua tempat nanti adik rasa pusing.. baik adik tengok satu tempat shj dan fokus". 

Tengahari ni dia makan di meja makan, basuh tangan di sinki. Lega saya tetapi bimbang terjadi spt semalam slps makan tengahari dia mengadu sakit tengkok. Menangis menahan sakit dan spt sebelum ini air liurnya keluar tanpa boleh ditahan2.. saya kira dia letih menyebabkan keadaannya begitu. Harini sedang makan dia mengadu badannya menggiggil. Itu signal utk saya bawa dia berehat di katil. Tapi dia enggan.. berjalan sendiri w/pun sesekali melayang mencari adiknya yang meragam utk dipujuk.. sy nasihatkan dia tidur tetapi sebentar shj sebelum dia minta melihat anak2 ikan yang dibeli adiknya, Sakienah di pasar tani. Saya fikir saya kena lebih berhati2 dan bertegas untuk dia rehat sebentar. Bimbang juga jika keadaan spt semalam berulang.
#catatanumikhadeejah


0 comments:

Post a Comment