Comments: (0)
  • Keadaan Khadeejah semakin baik hari ini. Syukur amat sangat kpd Allah Yang Maha Luas Pemberian-Nya, setelah kami dikejutkan dengan permintaan dia kelmarin Sedangkan baru sahaja tengahari itu dia berjalan sendiri. Makan dengan seleranya.. Ketika baring di katil melepas lelah, spontan dia meminta saya mengajar dia syahadah.. saya bisikkan kpdnya dan dia mengikut setiap patah.. saya tanya kenapa? Dengan sebak dia kata adik dah tak mampu. Adik, Allah tidak suka dengan orang yang mudah putus asa. Adik kena kuatkan semangat. Inikan jihad kita. Haritu masa mula2 saya pakaikan pampers kerana dia mula nampak lemah dan kerap mahu ke tandas dia sebut... umi, ini jihadkan? Ye dik, jihad berusaha sebaik mungkin ketika Allah beri sakit. Saya ingatkan dia lagi.... semua orang sedang doakan adik sekarang. Saudara mara di kampung, pakcik makcik ikram, kawan2 umi, kawan2 abi, kawan2 adik- banat, banin, muallim, muallimah.. ramai lagi.. adik tak boleh menyerah kalah. Mendengar kata2 saya kelihatannya dia berfikir.. Sama spt hari sebelumnya bila saya katakan padanya semua orang sedang doakan adik, adik kena kuat... dan dia kata, adik takut... takut apa? Allah kan ada... Adik takut semua orang marah adik.. Mana ada, semua orang sayangkan adik, doakan adik.. semua orang tahu adik sakit..
#catatanumikhadeejah #prayforkhadeejah





Khadeejah da tido.. keletihan menangis kena tinggal kakak ptg td..
.
Iye... masa kakaknya sampai (dari Selangor naik flight smpai KB, 15Okt) meleret2 senyumnya... masa pujuk dia kakak kena balik coz ada kelas, bgitau dia kena sungguh2 jalani rawatan... spy cepat sembuh n dpt balik rumah cepat.. .
Ptg td semasa abi bacakan Al Kahfi, terpana kami apabila tak semena2 dia bangun berdiri ambil al-Quran dlm jarak 2meter dr katil dan peluk erat(dia akan buat begitu time dia rasa hatinya tak tenang).. Tetapi kemudiannya dia mengadu sakit kaki. Saya nasihatkan dia, jangan terburu2... nak bangun... baca bismillah dan melangkah dgn tenang supaya kaki tidak kejang.

#catatanumikhadeejah #prayforkhadeejah


Seawal 5.30 pagi sy telah memastikan Khadeejah mengikut rutin pemakanan tambahan yg disarankan Prof Aziz dan Abuya ( gelaran merujuk kpd guru pondok yg kami temui sebelum ini). Petanda baik bagi saya apabila dia membaca al-ma'thurat dipandu Nyaie (gelaran nenek yg kami gunakan). Alhamdulillah, sepanjang di KB ini (jangkaan Prof Aziz 3 minggu) saya dibantu suami dan ibu juga si kecil saya Sakienah (4 tahun).

Suami bertugas mengurus rumah dan keperluan makan pakai kami, saya mengurus terapi, pemakanan, mandi Khadeejah, ibu saya menampung mana2 keperluan ketika keadaan agak sibuk ditambah melayan karenah si kecil Sakienah yang kerap merajuk kerana tidak dilayan sebaik kakaknya...manakala Sakienah tugasnya menceriakan suasana, dalam menahan sakit masih lagi khadeejah boleh tersenyum gembira (nikmat senyum dan tawa ini nampaknya tidak berjaya dirampas oleh cavernoma daripada Khadeejah). 

Sakienah juga yg membantu saya yg kelelahan mengelap air liur Khadeejah yang acapkali keluar sebelum ini. Alhamdulillah hari ini tiada lg air liur yg keluar tanpa henti. Keadaan ini menurut Prof Aziz disebabkan deria menelan air liur Khadeejah tidak lg sensitif. Sebelum inipun untuk menelan air dan makanan pun sukar baginya..
#catatanumikhadeejah #prayforkhadeejah


Apabila Khadeejah tidak OK bermakna bahagian tengkuknya sakit. Tersangat sakit adakalanya dia meraung dan menangis tetapi seringkali kami ingatkan dia utk menyebut nama Allah... minta Allah kurangkan rasa sakit.. Waktu ini air liurnya akan sentiasa keluar sebab itu kami bekalkn sapu tangan kepadanya ketika terapi ion sedang dibuat. Dia akan pejamkn mata utk menahan sakitnya.
.
Seluruh kepalanya akan terasa sakit yang amat sangat.
.
Dan petang ini... dia diserang sakit lg.. hujan lebat seiring azan asar... kami bersama2 berdoa dengannya mengharap rahmat Allah...
#catatanumikhadeejah #prayforkhadeejah


UPDATE KHADEEJAH 14OCT@1.09pm (Jumaat)
Sebentar saja tadi menerima kunjungan Dr Hafidzah Mustakim dari Ikram Kota Bharu semasa saya sedang membuat terapi acupuncture di tangan kirinya. Jazakillah atas kunjungannya. Respon Khadeejah sangat baik atas kunjungan ini. Senyum dan pandang tetamu yg memberi perangsang dan semangat kpdnya. Ini berbeza dgn hari2 sebelumnya yg dia hanya memandang ke satu2 arah sahaja. 

Sebelum ni saya pernah menegur dia secara seloroh ... "adik, kita jalan kt wad ni semua orang ingat adik buta sebab adik tengok satu tempat tak pandang kiri kanan". 
Dia gelak... "bukan.. kalau adik tengok semua tempat nanti adik rasa pusing.. baik adik tengok satu tempat shj dan fokus". 

Tengahari ni dia makan di meja makan, basuh tangan di sinki. Lega saya tetapi bimbang terjadi spt semalam slps makan tengahari dia mengadu sakit tengkok. Menangis menahan sakit dan spt sebelum ini air liurnya keluar tanpa boleh ditahan2.. saya kira dia letih menyebabkan keadaannya begitu. Harini sedang makan dia mengadu badannya menggiggil. Itu signal utk saya bawa dia berehat di katil. Tapi dia enggan.. berjalan sendiri w/pun sesekali melayang mencari adiknya yang meragam utk dipujuk.. sy nasihatkan dia tidur tetapi sebentar shj sebelum dia minta melihat anak2 ikan yang dibeli adiknya, Sakienah di pasar tani. Saya fikir saya kena lebih berhati2 dan bertegas untuk dia rehat sebentar. Bimbang juga jika keadaan spt semalam berulang.
#catatanumikhadeejah


Comments: (0)
Kasih adik...
Catatan umi : Itulah pengubat jiwa kami. Keletahnya boleh buat Khadeejah tertawa semasa dia sihat..


Catatan umi : Penerangan oleh kawan baik umi...
Menurut Prof Aziz utk tempoh 3 mggu ni rawatan yg dia akan buat ialah
1. Detox 
2. Nutritional replacement therapy 
3. Liver detoxification .
Rawatan seterusnya bergantung kpd keputusan darah.
Selain dari cavernomas, ada juga gangguan lain yg perlu dirawat segera melalui rawatan ruqyah. Yakin bahawa Allah uji dgn sakit dan Allah janji ada penawarnya. Moga kaedah rawatan ni tepat dan sesuai utk Deejah dan Allah izinkan utk sembuh.

Jzkk atas doanya..
#prayforkhadeejah #prayfordeejah#cavernomasfighter #multiplecavernoma#naturopathy